Print this page
Saturday, 03 November 2001 20:16

Penubuhan Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Tuan Yang Terutama Dato' Haji Salim Hashim hari ini mengumumkan penubuhan Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom. Pengumuman itu telah dibuat oleh Tuan Yang Terutama selaku penaung persatuan di kediaman beliau di London. Objektif utama persatuan ini ialah untuk menjaga kebajikan masyarakat Melayu yang menetap di United Kingdom. Selain dari itu ia juga akan memainkan peranan sebagai satu saluran untuk mengeratkan hubungan di bidang bahasa, kebudayaan, agama dan perdagangan.