Melayu UK, Jabatan Penuntut Malaysia UK and Eire dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan akan menganjurkan Wacana Islam Hadhari dari 2 Julai hingga 6 Julai 2008.
Selepas itu, empat orang delegasi sukarelawan dari Jordan akan memberikan khidmat sosial kepada ahli-ahli Melayu UK dari 7 Julai hingga 16 Ogos 2008. Program khidmat sosial ini adalah lanjutan dari keberkesanan program khidmat sosial yang diadakan pada tahun lepas. Pada tahun 2007, Ustaz Trimizi bersama Ustaz Faidhi, 2 orang hafiz lepasan Darul Quran JAKIM telah memberikan khidmat sosial kepada ahli-ahli Melayu UK selama sebulan dari 11 Februari hingga 11 Mac 2007. Rujuk laman web Melayu UK (www.melayu.org.uk):
Ahli-ahli yang ingin mendapat menafaat dari program khidmat sosial ini boleh menghubungi saya melalui email hamidi @ melayu.org.uk .
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Melayu UK tidak mendapat apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Walau bagaimanapun Melayu UK tetap komited untuk memberikan khidmat sosial kepada ahli-ahli sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini. Program khidmat sosial ini akan dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan ikhlas individu-individu dan juga Melayu UK.
Oleh itu pihak Melayu UK amat berharap ahli-ahli dapat membantu program khidmat sosial ini dalam apa jua bentuk sumbangan seperti kewangan, penginapan, pengangkutan dan makanan. Semoga Allah akan memberkati sumbangan kita dan memberikan ganjaran yang berlipat ganda.
Wassalam,
Hamidi (Presiden Melayu UK)
MAKLUMAT PROGRAM:
Misi Khidmat Sosial dan Wacana Islam Hadhari bersama Mahasiswa Islam Malaysia Jordan - United Kingdom
Tarikh: 2 Julai - 7 Julai 2008
TEMA: ISLAM HADHARI PEMANGKIN TAMADUN KHAIRA UMMAH
ANJURAN:
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA (JPM) UNITED KINGDOM & EIRE
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA (JPM) JORDAN
PERSATUAN MASYARAKAT MELAYU UNITED KINGDOM (MELAYU UK)
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA (GPTD)
KELAB UMNO OXFORD MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA UNITED KINGDOM & EIRE (MPPM UK & EIRE)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ)
Program Wacana Islam Hadhari:
2 Julai - Ramah mesra dengan pelajar Malaysia Nottingham
3 Julai - Wacana Kepimpinan di Sheffield
4 Julai - Ramah mesra dengan pelajar Malaysia Oxford
5 Julai - Wacana Kepimpinan di Oxford
6 Julai - Seminar di Dewan Malaysia London
Program Khidmat Sosial
7 Julai hingga 16 Ogos - Khidmat Sosial bersama Melayu UK
Â